Skip to main content

Posts

Featured

Dah Tahun 2024. Ada yang baca blog lagi ke?

Hi geng #bloggerssejati. Berjumpa lagi kita setelah berpuluh tahun aku tak menulis. Adakah masih releven aku menulis di sini? Jawapannya anda yang tahu. (Kalau anda ditakdirkan membaca blog ini) Sepanjang pemergian aku dari arena blog ini banyak peristiwa penting yang berlaku. Berkaitan dunia dan diri aku sendiri. Namun sehingga kini aku masih bersyukur diberikan nikmat kehidupan yang aku rasa berada dalam rahmah Allah S.W.T . Sekiranya anda masih hidup dan dapat membaca blog ini..bersyukurlah. Anda ada masa lapang. Ya. masa yang sepatutnya anda membuat perkara penting, namun anda ada masa untuk membaca blog yang tak penting ini. Syukur ini sering kali kita lupakan kerana kita tidak berfikir dan mendalami erti nikmat itu. Pemberiannya baik yang merupakan musibah atau kebahagian sekiranya kita menyingkapi dalam makna yang betul, kita masih mampu melafazkan syukur. Jika sebaliknya, maka, keluhan demi keluhanlah yang akan sentiasa dilafazkan. Berhentilah mengeluh untuk rasa bersyukur.

Latest Posts

Senyum

Selamat Tahun Baru 2012

NASIHAT UNTUK PEMUDA AHLI MAKSIAT

Bila selangkah ku rapat padaMu, Seribu langkah Kau rapat padaku.

Hello dunia..

Selamat Hari Raya